Thursday, March 15, 2012

UNIMAP JUARA KESELURUHAN MUROC


Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) muncul juara keseluruhan  Pertandingan Robot Universiti-universiti Malaysia 2012 (MURoC 2012) dengan meraih 15 mata menewaskan pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mendapat 13 mata.
Pencapaian terbaik itu diraih selepas pasukan UniMAP muncul Naib Johan kategori Paintball Robot, tempat ketiga bagi kategori Rope Climbing Robot dan tempat keempat bagi Fire Fighting Robot pada pertandingan yang berlangsung pada 24 hingga 26 Februari di Dewan 2020, Kangar perlis.
Sebanyak 79 pasukan bertanding membabitkan 37 Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Kemahiran Tinggi Mara dan lain-lain Institusi Teknikal.

MURoC 2012, yang merupakan pertandingan teknologi robotik yang dianjurkan khusus untuk memperkasa daya inovasi di kalangan pelajar-pelajar IPTA/IPTS membabitkan 3 acara iaitu Paintbal Robot, Fire Fighting Robot dan Rope Climbing Robot.

Bagi Kategori Paintball Robot, juara menjadi milik UiTM manakala tempat ketiga menjadi milik Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim.

Politeknik Sultan Ahmad Shah, Pekan, Pahang pula dinobatkan sebagai juara bagi kategori Rope Climbing Robot manakala tempat kedua dimenangi oleh Universiti Sains Malaysia.

Bagi kategori Fire Fighting Robot, pasukan dari German Malaysia Institute (GMI) muncul juara selepas menewaskan pasukan Universiti Putra Malaysia (UPM) manakala Kolej Kemahiran Tinggi Mara sekadar berpuas hati di tempat ketiga.

Anugerah Khas Microchip selaku penaja rasmi MURoC diraih oleh pasukan
 dari Universiti Multimedia manakala booth terbaik dimenangi oleh pasukan dari UniMAP.

 


 

No comments:

Post a Comment