Tuesday, May 15, 2012

majlis forum: vanilla coklat..lets get married


Pada 13 Mei iaitu 3 hari yang lepas, diadakan majlis forum bersama pasangan suami isteri yang romatik yang juga penulis novel iaitu Dr Frahan Hadi dan isterinya Ustazah Fatimah Syarha bertempat di dwan terbuka Wang Ulu.


Forum santai bertajuk Vanilla & Coklat:Let's Get Married yang sememangnya sinonim dengan anak muda dan remaja masa kini. Ustazah dan Dr sememangnya menjadi ikon kepada anak muda dengan ciri kelembutan dan keramahan kedua-duanya menawan hati sesiapa sahaja. Kedua-dua penulis novel ini sangat mendalam dalam perkongsian mereka.


Apa-apa pun tahniah kepada Majlis Perwakilan pelajar (MPP) kerana telah berjaya mengadakan Hari Siswi. semoga dapat diteruskan lagi program ilmu dan bermanfaat kepada mahasiswa/i....










Wednesday, March 28, 2012

rasa dada terbakar



KANGAR: “Dada saya seperti dibakar, malah hampir keseluruhan mulut serta tekak tiba-tiba menjadi panas kerana terminum cecair berkenaan,” kata Mohd Syazwan Abdul Rohim,17, selepas terminum pencair cat yang disangka air minuman ringan.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 7 malam Isnin lalu, apabila Mohd Syazwan yang dahaga sebaik pulang dari bengkel sekolahnya di Arau di sini, mencapai satu botol di atas katilnya yang disangka minuman ringan lalu minum sebelum dadanya berasa panas.


Mohd Syazwan berkata, dia meneguk cecair berkenaan dua kali sebelum dada serta mulutnya tiba-tiba terasa panas dan sakit sehingga menyebabkannya berada dalam keadaan separuh sedar.
Menurutnya, ketika itu dia berasa begitu haus sebelum menyedari minuman yang diteguk itu adalah pencair cat.


“Dada saya terus terasa panas manakala mulut serta tekak berasa seperti terbakar akibat kesan cecair berkenaan sehingga saya menggelupur kesakitan.


“Saya cuba menjerit meminta pertolongan rakan, namun gagal kerana sukar bertutur akibat kesakitan.


“Nasib baik ada rakan ternampak lalu meminta bantuan dan saya ke rumah warden asrama sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk rawatan,” katanya ketika ditemui di HTF di sini, semalam.


“Nasib baik ada rakan ternampak lalu meminta bantuan dan saya ke rumah warden asrama sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk rawatan,” katanya ketika ditemui di HTF di sini, semalam.





                                               TRAUMA...Syazwan kini takut meneguk minuman daripada botol.

                                    TRAUMA...Syazwan kini takut meneguk minuman daripada botol.



Tuesday, March 27, 2012

Kejohanan Olahraga Terbuka UniMAP kali ke-4

Kangar,PERLIS..pada tanggal 22 April 2012 sehingga 24 April 2012 Universiti Malaysi Perlis telah mengadakan kejohanan olahraga yang ke-4.. Bersempana dengan ulangtahun ke-10 UniMAP, tema yang digunakan ialah 'Sedekat Gemilang'. Malah kejohanan telah berlangsung dengan jayanya selama empat hari berturut-turut bertempat di Stadium Utama,Kangar,Perlis.. Berikut ialah senarai keputusan akhir.. TAHNIAH kepada PPK PEMBUATAN keran telah berjaya dalam kategori kutipan mata tertinggi..


Olahragawan: Atlit daripada PPK Bahan
Olahragawati: Atlit daripada PPK Alam Sekitar dan Bioproses (bersama)

Hiasan Rumah/Khemah Tercantik:
Pertama: PPK Mekatronik
Kedua: PPK Mikroelektronik
Ketiga: PPK Bahan

Perbarisan/kawad Terbaik: PPK Alam Sekitar

Juara Keseluruhan (Kategori Pingat) : PPK Alam Sekitar
Juara Keseluruhan (Kategori Pungutan Mata) : PPK Pembuatan

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang dan atlit yang mengambil bahagian. Terima kasih juga buat para sukarelawan yang turut menyumbang keringat dalam menjayakan kejohanan kali ini.

Semoga para atlit dan siswa/i meneruskan kecemerlangan dalam sukan juga akademik.

- Sedekad Gemilang, UniMAP Terbilang ^_^"




Antara Penyokong Setia Rumah Jingga


200 meter kategori lelaki


Lompat Jauh..go jingga go...


Merejam Lembing Kategori Wanita


cantik kan medal ni...p/s : tak dapat pon..takpe tahun depan cuba lagi ye...


maskot...malam penutup baru keluar mereka-mereka ini..

Monday, March 26, 2012

BANJIR OH BANJIR~


SubhanaAllah.
Setiap hari kita sentiasa diuji oleh Allah swt dan kepada penduduk di Perlis ingatlah banjir di Perlis ini adalah satu ujian Allah swt kepada hambanya. Semoga keluarga, sahabat dan kenalah yang berada di Perlis akan terus sabar dan bersabar menghadapi banjir yang semakin buruk di Perlis.
Ulasan Akhbar Jumlah Mangsa Banjir Yang Dipindahkan Di Perlis Meningkat Malam Ini
KANGAR, 12 Sept (Bernama) – Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan di Perlis terus meningkat malam ini kepada 694, daripada 178 keluarga.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perlis, berkata, mereka ditempatkan di 14 buah pusat pemindahan dan sebahagian besar mereka adalahmangsa-mangsa di kawasan Kangar.
Menurutnya, walaupun cuaca cerah hari ini namun paras air di Kangar telah meningkat menyebabkan 384 mangsa daripada 90 keluarga dipindahkan ke sembilan buat pusat pemindahan sehingga pukul 8 malam Isnin.
Bagi kawasan Arau sebanyak 272 mangsa daripada 77 keluarga ditempatkan di empat buah pusat pemindahan manakala di Padang Besar banjir mulai surut dengan beberapa pusat pemindahan telah ditutup.
Pada masa ini, hanya 38 mangsa daripada sebelas keluarga masih berada di sebuah pusat pemindahan banjir di Padang Besar.
Sementara itu, sebanyak 4,594 calon di negeri ini akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) seperti biasa selama tiga hari mulai esok di 75 pusat peperiksaan meskipun banjir melanda.
Pengarah Pelajaran Negeri, Don Kasa berkata pihaknya sudah merangka kaedah untuk membolehkan calon-calon menduduki ujian itu termasuk menyediakan kenderaan bagi membawa mereka ke sekolah.

 




MASALAH BANJIR DI PERLIS DIJANGKA SELESAI 2014.| Penduduk Perlis ni kalau hujan je ingatbanjir. Tahun 2014 masalah ni dijangka selesai.
KANGAR — Masalah banjir yang kerap melanda Perlis dijangka dapat diatasi apabila tiga projek tebatan banjir siap menjelang 2014, kata Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup.
Beliau berkata projek itu ialah menaik taraf Sungai Arau, yang dilaksanakan bulan ini, menaik taraf empangan Timah Tasoh serta pembinaan lencongan barat bagi mengalirkan air empangan berkenaan ke Sungai Perlis dan terus ke laut.
“Kalau projek ini berjaya, adalah dianggarkan lebih 100,000 penduduk Perlis yang sebelum ini sering menerima bencana banjir semasa musim hujan, tidak lagi akan menghadapi masalah sedemikian,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat projek itu daripada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Nishad Mohamed Mohd Shaffy di Empangan Timah Tasoh semalam.
Joseph, yang diiringi Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, kemudian melawat sekitar empangan itu sebelum ke Gua Kelam di Kaki Bukit.
Terdahulu, beliau dibawa meninjau Sungai Perlis yang memainkan peranan penting menerima limpahan air dari empangan sebelum mengalirkannya ke laut. — BERNAMA

Punca Banjir Di Perlis
SISTEM perparitan yang tidak sistematik menjadi punca utama masalah banjir di Perlis. Longkang, parit, tali air dan sungai yang terdapat di Perlis tidak diselenggara dengan berkesan dan menyeluruh. Sebagai contoh, longkang di bandar Kangar tidak diselenggara dengan baik. Lorong air yang tersumbat tidak dibaiki, sampah yang terkumpul di dalam longkang dibiarkan begitu sahaja. Longkang yang dibina sangat kecil berbanding jumlah bagunan yang ada. Parit yang berumput tidak dibersihkan, tali air yang ada dibiarkan semak, sungai yang kecil dibiarkan berkeladak.


Punca Dari Empangan

Pelepasan air Empangan Timah Tasoh di katakan punca utama banjir 2011. Ini kerana isipadu air di lepaskan melebihi jumlah isipadu saiz longkang dan sungai sediada, selain faktor kadar aliran kelaut lebih lambat berbanding air Empangan yang kuat.
Selain itu, tiada penyelarasan sistem pengurusan dan pembinaan sistem perparitan yang menyeluruh. Jika dilihat dan diperhatikan, kawasan Arau, Kubang Gajah, Jejawi dan Beseri sistem perparitannya agak tidak sistematik. 


Ada longkang berkonkrit satu meter disambungkan ke parit yang tidak berkonkrit dan terkambus. Ada longkang yang tidak masuk ke parit utama, ada parit utama yang tidak masuk ke sungai. Ada parit dan longkang yang hanya masuk ke paya dan sebagainya.

Masalah lain adalah parit besar masuk ke longkang kecil, parit besar tetapi kalbot (saluran air lalu) kecil. Longkang dan parit lebih tinggi dari aliran air, tebing longkang konkrit yang lebih tinggi dari paras tanah, tiada saluran air masuk ke longkang menyebabkan air bertakung di atas jalan. 

Juga pintu kunci air lebih kecil dari sungai, tebing sungai lebih tinggi dari parit, aliran longkang yang berselirat dan bersimpang-siur. Ini menyebabkan arus air tidak lancar dan pelbagai masalah yang lain lagi. Masalah banjir ini mungkin boleh diatasi jika semua pihak yang terlibat dalam menguruskan negeri ini bekerjasama dan berbincang menyelesaikannya. Kerajaan juga perlu menyusun setiap projek mengikut keperluan menyelesaikan masalah, bukan berdasarkan keperluan peruntukan untuk wakil rakyat atau kontraktor kelas F dalam sesuatu kawasan. 


Apa tindakan yang perlu di buat ?
  1. Kaji isu masalah banjir sekarang, apa masalah sekarang
  1. Perancangan bandar perlu ada pelarasan antara MPK, JPS, MADA dan Orang Ramai.
  1. Kaji keutamaan projek, mana perlu di utamakan.
  1. Pelan kejuruteraan yang di sediakan perlu ada 'projection volume' air hujan dan fokus untuk 100 tahun akan datang
  1. Pembinaan jangan mengikut bajet semata-mata, tetapi bajet kena ikut keperluan. Sebab itu bila minta bajet kepada PM, kena ada unjuran 20 tahun, kena ada master plan dan master bajet. 
  1. UNIT LONGKANG TERSUMBAT  perlu di wujudkan di MPK dan JPS Perlis dan mereka perlu turun ke padang bila hari hujan membuat pemantauan. Jangan berada di pejabat bila hujan turun. Bila pegawai berada di luar semasa hujan, mereka akan tahu MASALAH YANG BERLAKU, saiz longkang yang mereka design dan pelan yang dibuat di pejabat itu sesuai atau tidak. Kerana pelan yang di buat indah di komputer tapi tak sesuai di tapak. MB minta ambil perhatian, lihat MPK dan JPS buat kerja tak semasa hujan.
  1. Jawatan teknikal peringkat negeri mengenai banjir dan alam sekitar perlu di rombak agar mereka dapat melihat isu ini serius, kerana kalau tak diatasi akan merugikan Perlis dalam  jangkamasa panjang.
Rintihan rakyat di FB 


Kita perlu ambil iktibar. Ini adalah musibah. Bala dan musibah akan turun apabila manusia lalai dengan perintah Allah. Ramai yang tinggal solat 5 waktu. Lihat ramai pekerja binaan yang tidak solat. Lihat ramai peniaga pasar malam yang tak solat, lihat ramai pemuda pemudi yang tak solat.ALLAH menciptakan langit dan bumi serta segala isinya untuk manfaat umat manusia. Bagaimanapun, tidak ramai yang menghargai nikmat alam sekitar itu. Hal ini menyebabkan ada di kalangan manusia memandang enteng nikmat tersebut sehinggakan bertindak menggondolkan bukit-bukau sewenang-wenangnya.Sehubungan itu, Allah memberi peringatan melalui firman-Nya yang bermaksud: Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf. (al-Rum: 41)Berkenaan tanggungjawab manusia memelihara alam sekitar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan. (riwayat Muslim). 


IKTIBAR

Saturday, March 24, 2012

adakah aku tercipta untuk dibuang????

sedih,ngeri dan tak berperasaan dan banyak lagi yang tak dapata ku rungkaikan mengenai masalah pembuangan bayi yang berlaku sejak kebelakangan ini.hampir setiap hari kita mendengar berita mengenai kes pembuangan bayi di mana-mana.di manakah nilai kemanusiaan dalam diri individu itu sehingga sanggup membuang bayi tidak berdosa..apakah salah bayi ini sehinggakan mereka diperlakukan sebigini rupa..bukankah kita sepatutnya memulaikan bayi tersebut.hal ini kerana bayi dilahirkan dengan penuh kemuliaan dan ia bayi di ibaratkan seperti kain putih yang tidak mempunyai dosa.






Kehidupan generasi muda masa kini yang bertunjangkan keseronokan duniawi telah mengheret mereka ke kancah pergaulan bebas tanpa mengira batas-batas agama. Akibat terlalu ghairah mengejar kenikmatan dunia, ada di kalangan masyarakat di luar sana yang alpa sehingga terjebak dengan perbuatan zina sehingga mengandungkan anak luar nikah. Agak menyedihkan apabila berlakunya kes-kes sebegini, bangsa melayu yang majoritinya melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Apabila tiada pegangan agama, inilah akibatnya apabila pasangan tersebut menghalalkan perbuatan haram dengan melakukan penzinaan. Akibat perbuatan haram pasangan tersebut, bayi yang tak berdosa menjadi mangsa kezaliman dunia.
Anak merupakan anugerah Allah S.W.T yang tidak ternilai harganya dan menjadi satu amanah untuk menjaganya. Ada pasangan yang berkahwin bertahun-tahun yang teringinkan cahaya mata tapi tak dikurniakan lagi, tapi bagi pasangan-pasangan ini mengambil jalan mudah sama ada membuang bayi yang dilahirkan, menjual bayi atau menggugurkan kandungan mereka. Ingatlah kita bersama bahawa zina dan tindakan membuang bayi adalah jenayah yang amat besar dosanya serta berat hukumannya disisi Islam. Firman Allah S.W.T didalam surah an-nisa’ ayat 93:
“Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar”.
Dalam hal ini selain daripada kesedaran diri sendiri dan bimbingan dari ibu bapa, kerajaan juga perlulah mengambil langkah tegas untuk membendung perbuatan ni supaya isu seks bebas tidak dianggap sebagai budaya negara kita seperti negara-negara barat supaya tidak di jadikan contoh untuk generasi akan datang. Negara kita dah lebih sedekat merdeka tapi segelintir masyarakyat, fikiran mereka masih lagi dijajah dengan pengaruh budaya barat. Baru-baru ni ada terbaca yang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyokong dan memberi bantuan kepada ibu yang telah melahirkan bayi luar nikah. Mungkinkah perkahwinan di usia muda dapat membantu membanteras gejala pembuangan bayi. 

Friday, March 23, 2012

‘Tolong tarik aku keluar Zul’

PADANG BESAR: “Ya Allah sakitnya, tolong tarik aku keluar Zul.” Itulah rintihan Hazman Bakhtiar Sharizan, 14, sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat tersepit dalam van yang dihempap pokok besar hingga meragut tiga nyawa semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu di Kilometer 23.5 Jalan Kilang Gula, di sini, Hazman bersama tujuh pelajar lain dari Maahad Tarbiyah Islamiyah (Matri) di Beseri dalam perjalanan melakukan lawatan sambil belajar ke Kilang Gula Felda di Chuping.

Malang menimpa apabila sebatang pokok tumbang lalu menimpa van dinaiki kumpulan pelajar itu kira-kira 50 meter dari pintu masuk kilang berkenaan ketika hujan lebat disertai ribut.

Turut maut dalam kejadian itu ialah seorang lagi pelajar Matri, Ahmad Izzat Ismail, 17, dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang, dan pemandu van, Shahidan Ali, 67, dari Beseri, di sini.

Ahmad Ahnaf Anis Soffian, 14, juga pelajar Matri yang berasal dari Kuala Lumpur, mengalami kecederaan parah.


 


REMUK...pokok besar yang menghempap van di Kilometer 23.5 Jalan Kilang Gula, Padang Besar,



 


MERAUNG...ibu bapa seorang mangsa menatap jenazah anak mereka di bilik mayat HTF. 



TANGISAN BERDARAH

PADANG BESAR: Tiga termasuk dua pelajar sekolah agama rakyat terbunuh apabila van yang mereka naiki dihempap sebatang pokok besar berhampiran Kilang Gula Felda Perlis, Chuping, Ahad.


Ketua Polis Daerah Padang Besar Superintendan Che Man Md Dros berkata kejadian berlaku kira-kira 9.15 pagi ketika kenderaan yang membawa lapan pelajar berusia antara 14 dan 17 tahun itu dalam perjalanan ke kilang berkenaan dari arah Beseri.

Pokok besar yang tiba-tiba tumbang dan menghempap bahagian depan van menyebabkan pemandu dan dua pelajar Ma'ahad Attarbiyah Al Islamiyah (Matri) Tunjong terbunuh.Mereka dikenali sebagai Shahidan Ali, 67, dari Beseri, Ahmad Izzat Ismail, 17, dari Tanjong Tokong, Pulau Pinang dan Hazman Bakhtiar Sharizan, 14, dari Taman Kenanga, Kulim, Kedah.Seorang lagi pelajar, Mohd Ahnaf Anissofian, 14, cedera parah dan dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) manakala lima lagi penumpang hanya cedera ringan.Kejadian berlaku ketika hujan dan mereka dikatakan dalam perjalanan dari Matri untuk melakukan tugasan kajian tempatan anjuran pihak sekolah di kawasan kilang itu.Seorang pelajar, Zulfadhli Rodzi, 14, berkata ketika menghampiri kilang itu, sebatang pokok tiba-tiba menghempap kenderaan mereka menyebabkan pemandu dan dua rakannya terkorban.Beliau yang duduk di kerusi belakang berkata, mangsa yang cedera ringan keluar melalui tingkap van dan meminta bantuan pengawal keselamatan kilang itu.Mangsa yang terkorban dikeluarkan daripada kenderaan yang remuk pada bahagian depan itu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.Sementara itu, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu menziarahi mangsa yang maut di bilik mayat HTF pada Ahad. 

1. Shahidan Bin Ali - Meninggal,2. Muhd Izzat Bin Ismail -Tingkatan 5 - Meninggal,3. Hazman Bakhtiar Bin Shahrizan - Tingkatan 2 - Meninggal,4. Muhd Ahnaf Bin Anisoffian - Tingkatan 2, Cedera Parah.5. Muhd Shauqi Bin Salahuddin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,6. Muhd Iqbal Bin Aminuddin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,7. Muhd Faris Mustaqim Bin Nazri - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,8. Muhd Zalfadhli Bin Rodi - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,9. Omar Mokhtar Bon Shirin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan, 11 Sep 2011 




Senarai yang terlibat kemalangan:
Kosmo


 
                                        Keadaan Van yang dihempap pokok secara tiba-tiba 


 






pokok hempap van, gambar van dihempap pokok, gambar mangsa pokok hempap van, gambar van dihempap pokok, gambar pokok hempap van, gambar mangsa van dihempap pokok, gambar mangsa pokok hempap van


Thursday, March 15, 2012

UNIMAP JUARA KESELURUHAN MUROC


Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) muncul juara keseluruhan  Pertandingan Robot Universiti-universiti Malaysia 2012 (MURoC 2012) dengan meraih 15 mata menewaskan pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mendapat 13 mata.
Pencapaian terbaik itu diraih selepas pasukan UniMAP muncul Naib Johan kategori Paintball Robot, tempat ketiga bagi kategori Rope Climbing Robot dan tempat keempat bagi Fire Fighting Robot pada pertandingan yang berlangsung pada 24 hingga 26 Februari di Dewan 2020, Kangar perlis.
Sebanyak 79 pasukan bertanding membabitkan 37 Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Kemahiran Tinggi Mara dan lain-lain Institusi Teknikal.

MURoC 2012, yang merupakan pertandingan teknologi robotik yang dianjurkan khusus untuk memperkasa daya inovasi di kalangan pelajar-pelajar IPTA/IPTS membabitkan 3 acara iaitu Paintbal Robot, Fire Fighting Robot dan Rope Climbing Robot.

Bagi Kategori Paintball Robot, juara menjadi milik UiTM manakala tempat ketiga menjadi milik Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim.

Politeknik Sultan Ahmad Shah, Pekan, Pahang pula dinobatkan sebagai juara bagi kategori Rope Climbing Robot manakala tempat kedua dimenangi oleh Universiti Sains Malaysia.

Bagi kategori Fire Fighting Robot, pasukan dari German Malaysia Institute (GMI) muncul juara selepas menewaskan pasukan Universiti Putra Malaysia (UPM) manakala Kolej Kemahiran Tinggi Mara sekadar berpuas hati di tempat ketiga.

Anugerah Khas Microchip selaku penaja rasmi MURoC diraih oleh pasukan
 dari Universiti Multimedia manakala booth terbaik dimenangi oleh pasukan dari UniMAP.