SubhanaAllah.
Setiap
hari kita sentiasa diuji oleh Allah swt dan kepada penduduk di Perlis ingatlah banjir
di Perlis ini
adalah satu ujian Allah swt kepada hambanya. Semoga keluarga, sahabat dan
kenalah yang berada di Perlis akan terus sabar dan bersabar menghadapi banjir
yang semakin buruk di Perlis.
Ulasan
Akhbar Jumlah Mangsa Banjir Yang Dipindahkan Di Perlis Meningkat Malam Ini
KANGAR,
12 Sept (Bernama) – Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat-pusat
pemindahan di Perlis terus meningkat malam ini kepada 694, daripada 178
keluarga.
Jurucakap
Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perlis, berkata, mereka
ditempatkan di 14 buah pusat pemindahan dan sebahagian besar mereka adalahmangsa-mangsa di kawasan Kangar.
Menurutnya,
walaupun cuaca cerah hari ini namun paras air di Kangar telah meningkat menyebabkan 384 mangsa
daripada 90 keluarga dipindahkan ke sembilan buat pusat pemindahan sehingga
pukul 8 malam Isnin.
Bagi
kawasan Arau sebanyak 272 mangsa daripada 77 keluarga ditempatkan di empat buah
pusat pemindahan manakala di Padang Besar banjir mulai surut dengan beberapa
pusat pemindahan telah ditutup.
Pada
masa ini, hanya 38 mangsa daripada sebelas keluarga masih berada di sebuah
pusat pemindahan banjir di Padang Besar.
Sementara
itu, sebanyak 4,594 calon di negeri ini akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR) seperti biasa selama tiga hari mulai esok di 75 pusat peperiksaan
meskipun banjir melanda.
Pengarah
Pelajaran Negeri, Don Kasa berkata pihaknya sudah merangka kaedah untuk
membolehkan calon-calon menduduki ujian itu termasuk menyediakan kenderaan bagi
membawa mereka ke sekolah.


MASALAH
BANJIR DI PERLIS DIJANGKA SELESAI 2014.| Penduduk Perlis ni kalau hujan je ingatbanjir. Tahun 2014
masalah ni dijangka selesai.
KANGAR
— Masalah banjir yang kerap melanda Perlis dijangka
dapat diatasi apabila tiga projek tebatan banjir siap menjelang 2014, kata
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup.
Beliau berkata projek itu ialah menaik
taraf Sungai Arau, yang dilaksanakan bulan ini, menaik taraf empangan Timah
Tasoh serta pembinaan lencongan barat bagi mengalirkan air empangan berkenaan
ke Sungai Perlis dan terus ke laut.
“Kalau
projek ini berjaya, adalah dianggarkan lebih 100,000 penduduk Perlis yang
sebelum ini sering menerima bencana banjir semasa musim hujan, tidak lagi akan
menghadapi masalah sedemikian,” katanya kepada pemberita selepas mendengar
taklimat projek itu daripada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri
Nishad Mohamed Mohd Shaffy di Empangan Timah Tasoh semalam.
Joseph, yang diiringi Menteri Besar
Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, kemudian melawat sekitar empangan itu sebelum
ke Gua Kelam di Kaki Bukit.
Terdahulu, beliau dibawa meninjau Sungai
Perlis yang memainkan peranan penting menerima limpahan air dari empangan
sebelum mengalirkannya ke laut. — BERNAMA
Punca Banjir Di Perlis
SISTEM perparitan yang tidak sistematik menjadi
punca utama masalah banjir di Perlis.
Longkang, parit, tali air dan sungai yang terdapat di Perlis tidak diselenggara
dengan berkesan dan menyeluruh. Sebagai contoh, longkang di bandar Kangar tidak
diselenggara dengan baik. Lorong air yang tersumbat tidak dibaiki, sampah yang
terkumpul di dalam longkang dibiarkan begitu sahaja. Longkang yang dibina
sangat kecil berbanding jumlah bagunan yang ada. Parit yang berumput tidak
dibersihkan, tali air yang ada dibiarkan semak, sungai yang kecil dibiarkan
berkeladak.
Punca Dari Empangan
Pelepasan air Empangan Timah Tasoh di katakan punca utama banjir 2011. Ini
kerana isipadu air di lepaskan melebihi jumlah isipadu saiz longkang dan sungai
sediada, selain faktor kadar aliran kelaut lebih lambat berbanding air Empangan
yang kuat.

Selain itu, tiada penyelarasan sistem pengurusan dan pembinaan sistem
perparitan yang menyeluruh. Jika dilihat dan diperhatikan, kawasan Arau, Kubang
Gajah, Jejawi dan Beseri sistem perparitannya agak tidak sistematik.
Ada longkang berkonkrit satu meter disambungkan
ke parit yang tidak berkonkrit dan terkambus. Ada longkang yang tidak masuk ke
parit utama, ada parit utama yang tidak masuk ke sungai. Ada parit dan longkang
yang hanya masuk ke paya dan sebagainya.
Masalah lain adalah parit besar masuk ke
longkang kecil, parit besar tetapi kalbot (saluran air lalu) kecil. Longkang dan
parit lebih tinggi dari aliran air, tebing longkang konkrit yang lebih tinggi
dari paras tanah, tiada saluran air masuk ke longkang menyebabkan air bertakung
di atas jalan.
Juga pintu kunci air lebih kecil dari sungai,
tebing sungai lebih tinggi dari parit, aliran longkang yang berselirat dan
bersimpang-siur. Ini menyebabkan arus air tidak lancar dan pelbagai masalah
yang lain lagi. Masalah banjir ini mungkin boleh diatasi jika semua pihak yang
terlibat dalam menguruskan negeri ini bekerjasama dan berbincang
menyelesaikannya. Kerajaan juga perlu menyusun setiap projek mengikut keperluan
menyelesaikan masalah, bukan berdasarkan keperluan peruntukan untuk wakil
rakyat atau kontraktor kelas F dalam sesuatu kawasan.
Apa tindakan yang perlu di buat ?
Apa tindakan yang perlu di buat ?
- Kaji isu masalah banjir sekarang, apa masalah sekarang
- Perancangan bandar perlu ada pelarasan antara MPK, JPS, MADA dan Orang Ramai.
- Kaji keutamaan projek, mana perlu di utamakan.
- Pelan kejuruteraan yang di sediakan perlu ada 'projection volume' air hujan dan fokus untuk 100 tahun akan datang
- Pembinaan jangan mengikut bajet semata-mata, tetapi bajet kena ikut keperluan. Sebab itu bila minta bajet kepada PM, kena ada unjuran 20 tahun, kena ada master plan dan master bajet.
- UNIT LONGKANG TERSUMBAT perlu di wujudkan di MPK dan JPS Perlis dan mereka perlu turun ke padang bila hari hujan membuat pemantauan. Jangan berada di pejabat bila hujan turun. Bila pegawai berada di luar semasa hujan, mereka akan tahu MASALAH YANG BERLAKU, saiz longkang yang mereka design dan pelan yang dibuat di pejabat itu sesuai atau tidak. Kerana pelan yang di buat indah di komputer tapi tak sesuai di tapak. MB minta ambil perhatian, lihat MPK dan JPS buat kerja tak semasa hujan.
- Jawatan teknikal peringkat negeri mengenai banjir dan alam sekitar perlu di rombak agar mereka dapat melihat isu ini serius, kerana kalau tak diatasi akan merugikan Perlis dalam jangkamasa panjang.
Kita perlu ambil iktibar. Ini adalah musibah. Bala dan musibah akan turun apabila manusia lalai dengan perintah Allah. Ramai yang tinggal solat 5 waktu. Lihat ramai pekerja binaan yang tidak solat. Lihat ramai peniaga pasar malam yang tak solat, lihat ramai pemuda pemudi yang tak solat.ALLAH menciptakan langit dan bumi serta segala isinya untuk manfaat umat manusia. Bagaimanapun, tidak ramai yang menghargai nikmat alam sekitar itu. Hal ini menyebabkan ada di kalangan manusia memandang enteng nikmat tersebut sehinggakan bertindak menggondolkan bukit-bukau sewenang-wenangnya.Sehubungan itu, Allah memberi peringatan melalui firman-Nya yang bermaksud: Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf. (al-Rum: 41)Berkenaan tanggungjawab manusia memelihara alam sekitar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan. (riwayat Muslim).
IKTIBAR
No comments:
Post a Comment